Friday, November 1, 2013

Ready-made atau Custom Made?

Apabila anda memerlukan frame atau bingkai anda ada 2 pilihan "custom-made"atau "ready-made",custom-made ialah frame yang anda boleh tempah mengikut saiz,corak dan reka bentuk pilihan anda manakala ready-made ialah frame yang dikeluarkan secara besar2an oleh kilang dan terdapat dalam saiz standard.Kebiasaanya frame ready-made adalah lebih murah daripada custom-made,frame2 ready-made yang ada di pasaran pada masa kini kebanyakannya diimport dari negara seperti China yang memang mempunyai kelebihan dari segi kos buruh dan kos produksi yang murah.Frame custom-made pula biasanya lebih tinggi harganya kerana ianya disiapkan mengikut kehendak pelanggan.Ianya mudah difahami, contohnya baju atau barang2 lain yang dijual siap biasanya lebih murah dari yang ditempah khas,begitu juga dengan frame.

Pengeluar frame ready-made tidak mementingkan quality(tidak semua)kerana mereka lebih mementingkan kuantiti,ianya sifir mudah dalam matematik dunia perniagaan iaitu barang akan menjadi lebih murah jika ianya dibuat dalam kuantiti yang banyak.Frame ready-made yang ada di pasaran sekarang banyak mengunakan material murah seperti plastik atau kayu sintetik namun mempunyai corak2 yang menarik.Frame custom-made pula memerlukan kemahiran untuk dibuat untuk menjadikannya produk yang berkualiti dan dihasilkan mengikut kehendak  pelanggan lebih2 lagi jika menggunakan kayu yang asli dan solid.Ini kerana harga kayu sememangnya lebih mahal.Tetapi ingin saya tekankan di sini bukan semua frame custom-made tinggi harganya,ada juga yang mempunyai harga berpatutan dan berkualiti,jadi anda harus bijak memilih jenis2 profile yang sesuai.Kayu atau profile yang dipanggil "solid-wood" adalah lebih mahal kerana ianya adalah kayu asli yang hanya diwarnakan dalam beberapa warna namun untuk menghasilkan profile sebegini memerlukan proses yang rumit.Kayu mentah perlu dipilih mengikut gred untuk menghasikan profile "sold-wood yang berkualiti,kadang2 dari 10 tan kayu hanya terdapat 2-3tan sahaja yang sesuai untuk dijadikan profile "solid-wood" berbeza dengan  kayu atau profile bercorak2 yang boleh dibuat dari bermacam jenis kayu dan boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak dan harganya lebih murah.

Ready-made atau Custom-made?

.Jika barang yang hendak diframekan itu mempunyai sentimental value tinggi, nilai harganya atau anda mahukan sedikit  kelainan dari segi corak framenya maka frame custom-made adalah sesuai.Lebih2 lagi anda mempunyai bajet yang lebih.Tetapi jika barang yang hendak diframekan itu saiznya standard sepeti gambar foto maka anda mempunyai pilihan antara custom-made atau ready-made.Bukan semua frame ready-made tidak mempunyai kualiti berdasarkan pengalaman saya membuat bingkai selama lebih 15 tahun,setahu saya ada sebuah kilang di Tapah Perak yang mengeluarkan frame ready-made berkualiti tunggi dan di ekspot keluar ke negara2 seperti US dan Eropah,sedikit sahaja yang dijual di dalam negara dan harganya agak tinggi berbanding yang diimpot dari China yang kebanyakannya rendah dari segi kualiti disebalik harganya yang murah.

Walau apapun semuanya bergantung pada poket dan citarasa anda,dari pengalaman saya ada pelanggan yang sememangnya lebih suka frame custom-made berbanding ready-made begitu juga sebaliknya,Ready-made atau Custom-made anda yang pilih,kedua-duanya sama dari segi nama-FRAME-

Wednesday, October 30, 2013

Frame dan Bingkai

Kami menawarkan perkhidmatan membuat frame dan bingkai gambar di 233 pasar melayu jln ibrahim Batu Pahat Johor lawati website atau http://imagineitsframed.com kami untuk maklumat lanjut atau hubungi 0197773906